Wednesday, July 11, 2012

She's gone.. :- ( Part 1

Azra (Dara, perawan used for Maryam/Mary) Zaina (Beautiful)

Azra Zaina. Yes itulah nama yang terpahat dalam fikiran sejak doc sahkan mengandung 3 bulan yang lepas. Memula terkenankan nama Annur Zafrah. Tapi nampak cam banyak lak huruf die, so Azra Zaina jadi pilihan. Walaupun baru lagi masa tu, tapi hati ibu ni kuat nyatakan kali ni mesti gegirl lak!. Awal-awal lagi da chop nama bb girl semua. Sangat excited. Happy, sangat happy masa tu. tapi dalam pada tu, tetap risau sebab before this ceaser. Takut kalau-kalau perut makin membesar boleh terbukak lak jahitan tu. Yela, Aniq pun lum masuk setahun lagi. Haha, ape la.. fikir yang bukan-bukan jek. He, bila fikirkan gerun je. So buat la research semua. Baca sana, baca sini. Merata singgah blog mummies, blog doctor2 n forum yang ade info tentang mengandung after ceaser. Rupanya xde ape-ape pun. Just jaga kesihatan elok-elok dan makan vitamin yang dibekalkan untuk perkembangan bb kat dalam.

Tiga bulan berlalu. Ibu perasan ade spotted brownish keluar masa bangun pagi Sabtu 2 mniggu lepas (300612). Masa tu, cikit2 je keluar. Risau. Hati berdebar. Tapi still bertenang sebab keluar pun cikit2 je. Sebesar duit syiling 20 sen camtu.  Lagipun ingatkan keputihan. Sebab kalau penat memang akan keluar benda2 camni. Tengah hari still ade. Semakin banyak. Bawak ke malam, still ade jugak. Makin gelap lak warna die. Dah jadi coklat kehitaman lak. Aii bertambah lah risau hati ni. Try wat research semua. Terkejutnya aii, ini adalah tanda-tanda awal untuk keguguran. Ajak ayah Anq g klinik scan tengok baby ok x. Dah malam.. n esok Sunday ayah Anq kena kerja lak. Xpela, ayah Anq balik petang tu, terus g klnik. Yang sedihnya, seluruh melaka cari klinik nak buat scan tapi disebabkan weekend banyak yang tutup. Yang ada 24hours pun diorang xbuat scan pada hari minggu. Dalam kereta, ibu dah nangis2 sebab kat bawah dah mengalir laju macam period suda. Malam tu, 3x die keluar laju. Sebelum ni keluar cikit2 je. Hampa bila balik rumah x dapat buat scan. Tengok pad, da macam period da cuma warna je lain. Hitam. Hati ni berdebar je, risau. Nak x nak tunggu esok juga.

Isnin. Pagi2 lagi ibu da  siapkan Aniq nak g klinik. Ayah die kerja, so terpaksa drive pergi sendiri. Sampai pukul 8 lebih. Ya Allah ramainya umat. Dr. Rahimah (pakar sakit puan) ni memang ramai betul peminat. Kat sini je ibu selesa nak buat scan, so terpaksa la tunggu. Pukul 10am baru no di panggil. Explain semua kat doc 2 minit. Terus pergi buat scan.


Dr. Rahimah : Nampak macam kandungan awak ni x menjadi ye..kantung ada, tapi nampak kosong. Macam ni lah, saya buat surat untuk awak refer ke hospital ye.

Kandungan x menjadi??? Masa doc tengah scan n cakap camtu, tahan je air mata ni. Ibu baring kat atas bed, Aniq lak sibuk duk main kat bawah. Senang hati die duk bukak bakul jarum n pegang2 manje. Terkejutnya Ya Rabbi! Doc da menjerit. Ibu ni ape lagi, terus turun capai anak. Checking2 kalau2 tercucuk mana2. Nasib baik xde pape. Aii anak2. Perut pun melekit2 sbb x sempat lap masa scan td. Aii....aiii.. Keluar je dr bilik doc, hati rasa kosong. Tunggu surat doc, Aniq da start merengek nak tido. Nasib baik jap je. Settle bil, terus keluar masuk kereta. Bf kan Aniq jap. Nampak macam da puas je, letakkan kat seat sebelah. Call ayah die. Dengar je suara, lum cakap apa-apa air mata da ngalir laju-laju. Rewindkan apa yang doc cakap td kat ayah Anq. Suare pun sengau sebab duk menangis. Ayah Anq tenangkan jap n suruh drive safety balik. Tengah hari kang die amik half day je untuk bawak ibu ke hospital. Aniq kat sebelah da lali2 nak tido. Pandang je ibu ngah menangis. Ibu pun cakap lah.. "Ibu sedih nih, abg nak tido, tido dulu k. Nanti ayah balik kita g hospital tengok baby Azra canne k..".  Macam faham2 je die. Seminit drive, terus hanyut budak ni. Nasib baik xde nak merengek cari cik B. Da ngantuk sangat da kot. Tertido sendiri. Gud2..tapi ibu tetap duk menangis. Tapi da slow motion sbb macam menaruh harapan she's still ada. Mungkin doc sini tersilap ke ape ke.. Papepun kena g hospital tengok canne dulu.


Pukul2 pm camtu, ayah Anq da sampai umah. Mandi, siap2 makan semua, dalam pukul 3 lebih nak camtu sampai kat hospital. macam biasa lah kena ikut prosedur. Walaupun kat bawah still bleeding, tapi kita dikira pesakit biasa dan kena menunggu. Lagipun tahap sakit 0. Memang xde sakit lagi masa ni. Keutamaan diberi pada yang betul2 emengency kes gitu. Lain la g private punya kan. Xpela, kalau ikutkan hati memang nak je terus g Pantai ke, Mahkota ke, Putra medical centre ke. Tapi fikirkan beliau sorang je kerja. Duit pun macam air mengalir keluar. Kami ni golongan sederhana saje tapi kami bahagia : ). Ok2, doc dah panggil. Tanya-tanya semua, pastu 2nd scan dibuat. Doc xjelas. So die hantar terus ke pakar bahagian sakit puan je. Hallemak ai.. nak g sana kena tolak ngan wheelchair la pulekk.. malu i. Memula tanak, tapi runner tu cakap memang prosedur kena la duk atas tu. Ditolak macam orang gah sakit sangat2 dah. Padahal muke ada senyum. Sesape yang terserempak.. pandang je. Huhu. Xpela.. bes jugek eheh!.


Masuk department sakit puan, terus suruh turun. Ciss! baru nak feelling2 sakit sangat. Ermm.. bagi surat  kat doc semua. Disuruh tunggu lagi. Biasala petang2 camni, Aniq da merengek2 nak tido. Nasib baiklah ayah Anq ade. Bole pujuk2 dukung2 die. Doc da panggil buat scan. "jantung macam ada ni. Tapi i'm not sure la. U try pergi kencing dulu sbb i nak try scan ikut bawah" . See? Macam ada harapan lagi kan? Lepas kencing, naik balik atas bed. Baring. Disuruhnya kangkang macam nak bersalin. Tiba-tiba zupp! Terkejut bagai nak luruh jantung nih. Doc masukkan batang plastic. Ape ntah name die. Sebesar ibu jari kaki lelaki camtu. Menjerit! Yela.. org lum ready die da masukkan bendaalah tuh! Eee rase cam nak bagi hadiah je kat muke doc keling sorang ni tau! Digodek2nya. Last2 masa scan, doc says sorry. "kandungan awak ni memang x menjadi. Disebabkan ia xkeluar lagi so, kena buat proses DnC ye.". Sedih..sangat sedih. Masa duk tekan2 keyboard ni pun air mata duk mengalir teringat apa yang doc cakap. Ingat ada harapan, tapi she's gone!. 






Menangis punya pasal sampai terpublish lak entry yang x siap. Siap ada entry org lain pasal DnC ni. Siapa yang terbaca tu sorry k. Ingat nak preview je. Tapi terpublish lak. Huhu. So yang ni da edit buang entry n info2 psl DnC tu. Itu just untuk pembacaan sendiri je. Da kan da xde mud nak sambung crite. Entry pun tergantung sangat2 ni. Erm..esok la smbung k. 2pun kalau x malas. Lagipun sape je yang nak singgah blog  ni kan..heh.

Thursday, June 28, 2012

Bercuti di hospital

Yes..its happened weekend last week. Maybe entry ni udah berbau bau basi, tapi still nak nak crite jugak. Mostly kebanyakan (keseluruhan rasanya) entry akan dilabelkan sebagai "flashback". Macam nih lah gaya kalau blogger yang lansung x komited.  Eheh, menulis bukan untuk mengumpul followers, just sebagai nak simpan memori sendiri untuk diingati. Kalau sama-sama terbaca itu dipanggil berkongsi sesama insan.

Weekend kami minggu lepas hanyalah setakat bercuti di hospital saja. Pakej 2 hari 2 malam doktor kasi. Sebab utama mengikuti pakej ni adalah kerana c happy pill ni naik rashes satu badan + demam. Mula-mula hari jumaat tu, ibu da perasan yang badan Anq da start naik ruam. Tapi masa tu just ingat yang ruam peluh biasa sebab Anq memang kuat berpeluh n pantang kalau tak cepat2 dimandikan die akan naik ruam.  Bila dah petang tu, dah penat main kejar2 ngn kakak2 die dpn umah nih, masuk la mandikan. Sapukan krim semua. Malam, bila ayah die balik, terkejut jugak bila ayah die tegur yang ruam da naik ke muka, kepala semua. Risau. Ok, kami ke klinik. Macam biasa, klinik just bekalkan ubat sapu n syrup alahan je (Candacort + Allersin). Niatnya nak ke specialist sebenarnya, tapi dibatalkan sebab da malam sangat. Doc ckp its just ruam biasa. 

6.00 am. Terjaga sebab Anq merengek2. Suapkan cik B. Alamak... panasnye badan die!. Lepas BF kan die, switch on lampu, suapkan paracetamol dgn harapan suhu badan turun cikit. Ya Allah terperanjatnye tengok yang muka Anq da merah2. Checking satu badan da merah2. Bintik-bintik merah dah merebak satu badan! Macam denggi. Ayah Anq terjaga. So bincang, pagi ni terpaksa off kerja, hantar anak checking kat hospital je. Sebab kalau klinik biasa ibu pun boleh bawak, n tau doc msti chck sambil lewa je. Aii susahnya hati....

11. 00 am. Tiba di Hospital Besar Melaka. Semua prosedur da buat. Doc pun da check. Yang peliknya doc pun x pasti kenapa sebenarnya. Disebabkan bintik2 like denggi, so terpakse la buat blood test. Ibu da lemah lutut bila dengar kena buat ujian darah. Sebab before this masa jaundis (demam kuning) dulu, nak amik darah punyalah susah c Anq ni. Tangan pun lebam2 sebab x jumpa urat. Doa dalam hati tak berulang macam dulu.

Satu hal yang boleh buat hati x sabar masa duk tunggu nak buat blood test ni ialah "lama sangat". Bayangkan pukul 11.30 da letak kad dalam bakul bilik blood test tuh, kul1  nama belum di panggil lagi! Please la hospital besar pun macam ni ke? Harap tolongla improve. Sistem biarlah sistematik sikit. Bayangkan patient dah la ramai, seat pun 4 kerat je ade. Seat kat luar memang la banyak, ni kat dalam ni kena fikirkan jugak. Takkan nak tunggu kami pengsan baru nak alihkan seat kat luar tuh letak dalam kot. Paham patient ramai. Kalau cmtu kerja pun laju la. Aii.. Anak da meradang nak minum susu, kelaparan semua. Mana nak layan kerenah cepat bosan anak lagi. Badan dah la x sihat. Nasib baik la ayah die yang melayan. Ibu memang da takde daye. Perut just isi air je pada pagi td.

2.00 pm. Baru nak panggil nama. Aiii marahnya hati! Nasib baik kami ni jenis orang yang sabar2. Sejarah berulang.. boleh dikatakan lagi teruk pada dulu. Tangan kanan inject bape kali x dapat. Tangan kiri still x dapat. Anak meraung sakit. Ibu die ikut sekali meraung. Last2 ayah Anq suruh tunggu luar kalau x sanggup tengok. Tapi still kat sisi anak. Tuhan je tahu betapa sedihnya tengok anak meraung sakit. Tiga orang try inject still x dapat. Bayangkan kalau sorang try da 2,3x.. yg lain2 tuh try.. Last2 diorang panggil doc sendiri yang try buat. Doc perempuan kali nih. Branikan diri tengok die inject Anq. 1st x berjaya. Nasib baik yang 2nd inject tuh dapat! Bila done je, terus ibu peluk Anq. Pujuk2 semua. Keluar je bilik semua mata tertumpu pada kami anak beranak. Kesian maybe. Akak sorang tuh tanya "da dapat dik?" Aku just senyum n angguk je. Xde hati nk berborak fikirkan sakit anak. Peluk anak kuat sambil lap2 air mata anak.

Ayah ajak makan dulu sementara tnggu result. Ok. Time tengah makan, doc call cari kami n cakap result da tau. "Dengue Suspect". Terus rasa lembik badan. Air mata ibu da curah2 keluar. Anq terpaksa admitted. Ya Allah, risau, sedih. Denggi ke? Dalam hati doa mintak2 bukan.


 


Disebabkan admitted here sebab dengue suspect, so doc risau yang Anq kurang air dalam badan. Terpakse la kakipun di inject untuk letakkan salur tiub air. Sekali lagi la bergelut dengan tangisan anak. Aiii 2,3x inject jugak la kat situ. Anq nampak macam dah fobia dengan nurse and doc. Nampak katil bila nak baringkan diepun dia da takut. Meraung2. Ibu terpaksa kuatkan hati.




Masuk je dalam wad badan da lemah2. Terus baring mengadu kat ayah. Kalau dengarkan suare Anq yang serak lps mnangis tuh macm ni lah boleh ibu transltekan kot.. "Doctor jahat. Doc cucuk2 adik.. Sakiiit". Ayah usaha la pujuk manje die. "Manje ayah nak baik tak..?kuat tau..kan boboiboi nih..!syg Anq nih..!"


Tengok tuh, x habis duk mngadu kat ayah. Ayah nak balik ambik barang pun terpaksa pujuk2 dulu. Nasib baik la ibu bawak baju spare. Seluar awal2 ibu da bukakkan sebab kat kaki da kne pasang tiub air tuh. Kang nak basuh poo poo senang. So pakaikan baju je. Ayah minta diri balik, Aniq pandang ayah die dengan muke kememeh nak ikut. Cian ibu tengok... Sabar sayang.. jap lagi ayah datang balik.. manja sangat ngan ayah.


Malam pertama, Anq dmm lagi. Tapi dalam demam2 pun stil aktif. Makan minum macam biasa. No vomitting. Xde cirit birit semua. Ruam bintik2 still ade. Kalau sentuh kulit Anq rasa sandy je. Tapi merah2 da beransur hilang. Pagi tadi masa panas tu, bintik2 die color merah. Tengok pun gerun. Darah di ambil once again untuk test lagi. Aii..kesian anak. Doc cakap ini memang prosedur. Memang la, tapi make sure la inject betul2. Ni tak berkali2 staff korang cucuk2 anak saya tuh! Doc diam je dengar ibu cakap macam tu n lepas tuh sambung cakap yang mungkin bukan denggi. Just suspect. Tapi mereka akan pantau sebab xdapat pastikan. Ini bukan campak or allergik makanan or ubat. Aii doc pun xtau. Ibu muda yang baru nak bertatih ni lagi la tatau ape!



Malam pertama Anq tido macam biasa. Takde nak merengek2.. Alhamdulillah. Cuma ibu yang x dapat tido sbb patient kat katil sebelah sebelah sume batuk2 n nangis xselesa. Kesian kalau tengok. Anak kita sakit, anak org lain lagi kuat sakitnya.. Syukur di situ. Semua kene sedut gas every hour yang telah di tetapkan doc. Kuman da masuk paru-paru. Sedut gas untuk clearkan kuman2 yang jahat tu. La aii.. sedih tengok.


Masuk 2nd day da xpyah amik darah lagi doc cakap. Alhamdulillah. Disebabkan Anq xde nak dehydrated, so ibu mintak cabut je tiub air tuh. Bila da cabut, agaknya sakit jarum still kat kaki, Nak berjalanpun takut. Kesian baru je pandai jalan, da jadi camni.  Nasib baik ayah Anq mmg cuti hari Ahad sekarang. Dapatlah temankan anak masa melawat. Tapi ibu suruh stay je lama-lama. Nasib baik guard buat dunoe je. Eheh.


Petang masa melawat, penuh 1 bilik dengan family kami je. Semua datang. Nenek, Paklong Nuar Maklong Ina, Makngah Ya Pkngah Ijan, Mak Ude Pak Ude Nizam, Makcik Ida n Pakcik Salim. Lum plus anak2 diorg lagi. Semua datang. Semua sayang Anq. Tapi die asyik nak melalak je. Xselesa orang ramai kot. Tadi duk ngan ayah die elok je mengekek2 ketawa. Bila ramai2 die duk mengharuk je kje. Aii..sabar jela.


Disebabkan macam da ok, malam tu tanya nurse samada da boleh keluar belum. Nurse cakap besok pagi. kalau nak cepat tanya doc dulu. Masalahnya, xde doc yang bertugas malam minggu kecuali untuk kes yang serius.. Erm..terpaksa la tunggu esok hari.. Malam tu, Aniq still tido dari pukul 10pm till 7.30 am. Semua jeles sebab hanya die sorang saja yang paling nyenyak tido. Yang lain semua menangis2 xselesa sbb x sihat. Batuk2 lagi... Sayu hati.. Sian tengok ibu-ibu semua x cukup tido jaga anak masing2. Mulia betul pengorbanan mereka. Semoga cepat sembuh ye anak-anak..


Isnin pagi. Nurse datang checking. Terus tanya da boleh keluar belum. Huhu stil kena tunggu doc datang kejap lagi. Aii penantian seribu penyeksaan. Da habis sarapan semua barulah doc datang. Nasib baik la doc kasi keluar pagi ni. Bukan ape risau lelama sangat duk dalam ni. Mana tau berjangkit batuk ke ape ke. Bukan saje takut berjangkit kat anak.. kat ibu yang mengandung ni pun risau jugak tau. Risiko nya memang tinggi!. Uiks apadia?? mengandung?? Huhu yes! da nak masuk 12 weeks da pun. Sebab tu ibu selalu x larat sekarang.. tentang ni nanti la crite k. Myb next entry.. : )  Ayah kerja hari ni, so terpaksa tnggu tengah hari lunch hour datang amik. Barang da siap packing. Tiba-tiba datang doc lagi. Ingat kan nak cakap kena pending keluar.. huhu, tapi doc cakap result sebenar samada denggi or something else diorang akan telefon dalam masa 3 minggu. Uiks bole cmtu? Heran betul, macam mana doc pun xboleh nak pastikan apa sebab sebenarnya.


Kul1.00pm camtu kitorang dah say bye-bye to haspital. Yes, akhirnya! Pihak hospital just bekalkan paracetamol je. Untuk ruam2 tu, xde pape biar die hilang sendiri katenye. Dari hari isnin sampai ke hari ni (Jumaat), Aniq demam on off je. Suhu xde la tinggi sangat. Tapi tetap kasi ubat demam. Batuk cikit2. Semalam paling teruk batuk-batuk sampai muntah-muntah. Aiii, sekali lagi hati ibu nih xtenang. Herannya, aktif mengalahkan orang yang cihat je nampak! Hari ni nak buat observation. Kalau batuk sampai termuntah lagi, kami nak terus ke specialist. Refer kat paed lagi better kot daripada terus g hospital or klinik biasa. Kalau paed nasihat bawak ke hspital ke, tu kena patuh la. Sebab xmo sejarah berulang..huhu : ). Semua ni faktor persekitaran lani kot. Jerebu, cuaca x menentu, asap rokok semua.


Aii cepatlah sihat macam biasa anak.. Ibu sayang anak ibu.


Harap anak-anak ibu2 yang terbaca entry ni sihat-sihat belaka k.. aminnn.

Wednesday, May 9, 2012

Penderaan fizikal, emosi, nurani

Hari ni..mesti ramai ibu-ibu yang emosi pasal video penderaan bayi kan? Dah tersebar dengan cepat n meluasnye da. Akupun. Masih terlalu emosi melihat anak kecil di pukul2, dicubit, dibaling2 objek keras, disepak terajang.. Aii luluh hati ni xtau nak gambarkan macammana. Pastu ade lak status kgkwn mngatekan pmpuan ni dh kene tngkap, dlm proses perbicaraan lagi. pmpuan ni xberapa betul sgt. skg anak dia org lain yg jaga. tp anak dia dlm trauma lagi. bila ada org nk pegang, dia nangis. perempuan yg record ni dh pernah cuba halang tp kene blasah, so dia terpaksa record senyap2 dan tunjuk bukti kat polis. "

Ermm.. xtau lak mana yang betul, kang sebarkan berita palsu kang dapat dosa free..Tapi kalau akula berada di tempat perakam, kalau betul pun status 2, apalah salahnya kalau ambik baby tu bawak lari. Biar kita yang sakit kena pukul jangan baby kecil tu.. ye x??? Kan da trauma baby tu! erm.. mls nk cakap ape la zaman skrg..mcm2! Mintak jauh la semua nih kan...Tengok, fikir, renung2kan k. 

AMARAN - kalau rasa diri x kuat JANGAN tengok tau! Kang T.T sobsabsobsab cam aku..


Walaupun bukan anak sendiri tetapi kalau dah jadi seorang ibu tu, perasaan sebak tu datang tibe-tibe je.. Aiii perasaanperasaan!! Terus pelokcium Aniq tengah tido. Sayangnye ibu pada kamu!!! Ai..Malas la fikir pasal ni lagi. Tapi mesti duk teringat je kan? Pergi la..pergi la jauh!fuhfuh..

Dear Aniq..
Melihat kau hadir di bumi adalah satu keajaiban
Dan kamu jua amanah yang luar biasa yang Tuhan berikan pada ibu..
Takkan sesekali ibu sia-siakan nak....

Sambil-sambil ibu update blog yang jarang2 jadi persinggahan nih, tgk2 da bangun lak die. Diam je die. Ce tengok die gah watpe.. Baguih naaa, anak ibu ni bangun2 je terus ngadap buku.. Rajin study!!!

Aniq mmg loves to learn!

Kusyuknye study..(mulut muncung bole sampai sangkut hanger 5 batang)

Still x perasan ibu sedang snap gambar die..

Ish2..kalau ari2 rajin canni, bkn stkt 10A+..20A+ pun boleh dapat dik.. : )

Alamak..da nampak lak ibu tengah pegang camera nak snap pic die.

Dan nampak ape lagi.....cepat beraaaaksiii!!heh!



Aii Aniq2.. Bile tengok Aniq ceria camni, terus hilang emosi tadi..
Sayang la anak ibu nih! be gud boi tau!
Have a gud day everyone..
Xmo sedih2 tau!

Thursday, April 19, 2012

Just wake-up with smile : )



Just wake-up with smile, seems had a good sleep
(-10 untuk quality of video. Sorry)

What a smile he had.
It made me realize that it doesn’t matter what were doing or who/where we are,
we have the power to choose and create our own happiness. 

 Pagi hari dah riang macam ni. Mana diri tak bahagia.. ye tak?

Aniq da masuk 9month ++ already. Macam2 dah pandai. Da besar rupanya happy pill ibu nih! Before this Aniq minum susu fresh dari ibu die je. Surirumah yang berjaya kate kann, so takdenya nak pampam. Asal rengek2 cikit main suap terus je. Start masuk 9 month itu hari, aku ni dengan perasaan tak bersalahnya introducekan Aniq dengan susu formula. Dengan alasan xde breast pump n malas nak expressing the milk. And he love it! Walaupun die suka, tapi itulah salah satu penyesalan yang amat besar dalam hidup aku. Hati ini memang lansung tak kuat kan? Terlalu cepat puas hati dengan BF kan die hanya untuk 9 bulan saja. No no no. Tak boleh jadi nih! Aniq nampaknya suke dengan susu Anmum  yang di kasi, tapi Bf tetap kena berjalan seperti biasa. Anmum + Breastfeeding. Campur. Macam ni xde la ralat sangat kan? (sedapkan hati sendiri)

 Perasaan comei la tu buat muke camtu..

Bila tengok anak ibu da pandai minum via botol baru lah ibu yakin and betul2 ready untuk bekerja balik.  Mana boleh jadi, muda2 da tak bekerja. Macam ni lah baru tolong suami kan? Buat masa sekarang, just survey2 kat internet saja. So maybe next month Aniq akan di hantar ke taska. Reason hantar baby ke taska adalah biar die lebih banyak bergaul. Belajar perkara baru. Main sama kawan-kawan baru. Kalau duk umah ibu je kawan die. Bosankan? Risau jugak sebab takut Aniq x biasa nanti. Tapi ini untuk kebaikkan die juga kan? Yes.. Kebaikkan! Nanti nak pantaukan die dalam seminggu camtu. Dah biasa nanti senang lah. Jangan ibu yang nangis x berhenti2 nanti sudah.. aii sayunye hati nak kasi orang lain jaga anak.. Moge dipermudah semua urusan nanti.. Amin..


 Gigit gigit je kje. Sebab gigi atas bawah da tumbuh. Mentang2 ade gigi kann..

Orang tak biasa minum via botol memang la xberapa nak pandai pegang botol sendiri. Susahnya aii nak ajar die pegang sendiri botolnya. Tengok la tuh orang minum ikut atas, dia terbalik. Digigit2nya bntot botol susu tu.

 Hisap susu sambil gentel2 telinga pawooo.. 

Sebelum puting tu masuk dalam mulut, mesti dipusing2nya dulu botol tu. Tapi xpela dik asalkan kamu belajar macam mana mau pegang itu botol suda. Lepas ni, senang la kje ibu. Xpayah lagi ibu nak pegang botol tu.

Ooh yes! Finally. Lepas minum gigit2 blk puting.
Berjaya pegang botol susu dengan sendirian berhadnya.
(Kempas kempis hidung pstu buat muke berlagak cikit sbb dah pandai). 
Kalau macam ni, tak risau lah ibu nak tinggalkan Aniq kat school nanti..
Oo yeh!


Success is living up to your potential. That’s all.
Wake up with a smile and go after life.
Don’t just show up at the game or office. Live it, enjoy it, taste it, smell it, feel it.


Er..tido malam pakai baju tada lengan? Yup! Aniq memang jenis kuat berpeluh. Even bukak air cond pun still berpeluh2. Melaka skang panass wooo. So solutionnye, pakaikan saje baju camni bila nk tido.. hehe..

Thursday, April 12, 2012

Scientist kecil main air

Ehem2 (buat2 batuk cikit).. Assalamualaikum..

Setelah berbulan bintang xdatang jenguk blog, sambil2 baring ambik mood nk tido siang, rajinkan jari ketuk-ketuk keyboard ni ckit. Taniq da lame lena. Aaii sejak Aniq semakin lasak ni, rasenya xsempat nak stori mori kan..(alasankan la sgt).

Nak cakap.. orang mude saya tu da masuk 9 bulan semalam. Development? Wow pow!! Everything is fascinating. He has so many things to explore. Semua benda bagaikan baru bagi die. Bagi je apa-apa pada die skarang, pegang je, msti banyak eksperimen die buat lepas tu. Dibaling2, diketuk2, digigit2 (walaupun baru gg br nampak separuh jalan). Sangat gembira lebih2 lagi kalau bnde tuh bunyi2 or pusing2. Macam scientist kecil. Membesar depan mata. Bila dia belajar je perkara baru, kita yang excited lebih kan? Ooh bahagianye hidup.. : )

Ok.. semalam hari Hari pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah. 110412. Public holiday. Mesti ramai cuti kan? Family outing kali ni..ayah Aniq bawak kami jejalan main air kat Sagil (Hutan Lipur Gunung Ledang). Ok lah malas mak nak bebel banyak2 ni..kasi layan gambau jela eh?


Tapi awas!!! Di bawah adalah persidaian gambar yang melampau.. Sila jangan boring.. hahaharapan!.. ok, enjoy the pic! : )


Peridup enjin. Test2 celop kaki dulu..

 Eee sejok ayah..seejook...xmo..xmo

 Ermm.. tgh feeling2 cam bes. Enjin da panas ckit time nih.

 Berani cikit.. nak ke dalam lagi tuh..

 Bila tau bes.. di tepuk2nye air tuh!

 Abess.. terus xmo naik. Nak duk lam air ke kje. 
Sampai selesema suda..

 Seroonok main anak ibu main air ye..

 Anak branak riang rie raye

 Ayah..kan seronok kalau cuti sslu kn?

Genya x duk diam. Ibu pegang sat je.. 
pastu terus pass kat ayah.. huhu

Kepenatan, keletihan. Masuk kte terus zzzz smpi umah.
Hehe.


Sampai umah da pukul 5lbih camtu. On netbook terus terkjut kat internet da heboh pasal Acheh kene gempa lagi. Siap ade amaran tsunami.. Tapi berkat doa satu dunia keadaan da kembali reda hari ni. Alhamdulillah..


dan.. satu perkara lagi :


11. September - USA Terrorist attack!
11. March - Japan Earthquake
11. April - Indonesia Earthquake
11 = Unlucky number??
Tak baek salahkn number...Urusan Tuhan semua tuh. Kun Faya Kun. Trkh lahir Aniq pun 11.07.11 ape..



Thursday, February 23, 2012

HFMD a.k.a Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut

HFMD a.k.a Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut


Yes..itulah tajuk post hari ni ye. Ok, beberapa hari yang lepas bila bukak baju dak Aniq (mandi time), memang akan jd kebiasaan lah sejak2 dah jadi ibu yang prihatin ni mesti nak belek2, cium2 anak dulu sebelum mandi (bdn baby lagi best bila bangun tido kan?ala kepam2 gitu!). Terperasan la tapak tangan dengan kaki die ade bintik2 air. First ingatkan ruam biasa la kan. Aniq ni memang sentiasa ada ruam. Maklumlah kuat sangat berpeluh. Malah masa dia umur 4 ke 5 bulan camtu die pernah kena ruam teruk. Penuh 1 badan! Malam nak tido makesure masa tu, badan kena lap dulu. Tukar baju. Then pukul 2 / 3 pagi baju da basah sampai ke cadar basah sekali. Tukar lagi baju. (tido dalam aircondpun boleh berpeluh tau!). Macam-macam try nak elokkan ruam die. Semua krim baby try. Semua x jalan. Ruam da naik ke kepala  baby da masa tu. Sampai nak keluar jejalanpun malas sebab malu nanti orang tgk anak kite camtu. Finally jumpe jgk ubat yang sesuai dengan die. Alhamdulillah.. Sekarang nasib baik da ok walaupun ruam naik jugak kat badan die kadang-kadang. 


Satu je perkara yang aku dapat belajar sejak jadi ibu ni iaitu kebersihan. Yes! Da ada anak ni kebersihan memang kena tip top!.


Ok ok ok ok ok yeh! (ececece cam Mus May lak kann..). Back to topic la dei!. Memula perasan bintik2 kat kaki tangan tu, memang ingat ruam biasa la. Ok just sapu krim macam biasa. Esoknya ada lagi. Kali ni da siap melepuh macam kena air panas lak. Risau gak. Fikir jugak maybe campak sebab baru habis demam x sampai seminggu. Tapi ni bintik2 berair. Chicken pox kot.. Lepas mandi sapu2 krim. Petang still  ada lagi. Risau ooOO.. pergi la tanya dengan akak sebelah rumah sebab anak dara setahun die tu bulan lepas kena chcken pox. Kebetulan akak2 yang lain ada lak.(tgh sibuk mengayam lani). Da diorang lak yang membelek-belek si Aniq ni.

tunjuk-tunjuk 1
tunjuk-tunjuk 2
tunjuk-tunjuk 3


Akak Baik : Laaa Jue, ni bukan chicken pox ni. Ni macam anak akak marin (dulu).  Penyakit kaki,  tangan dan mulot.
Aku : Hoh? La yeke?? Bahaye ke kak?
Akak Baik : Ni baru lagi ni. Gi klinik la check. Nanti dia kasi antibiotik & krim sapu.
Aku :  Ooo ingtkan campak ke chcken pox. Canne leh kena lak ni..
Akak xbrapa nak baik sangat : Laa aii kau ni Jue. Kan benda ni berjangkit jugak.. Lorong ni lorong ni 3 org budak da kena. Ha tula berkurung je dalam rumah. Mana nak tau perkembangan semasa.
Aku : Hooh???

Errmm yela tuh kak.. Malas mak nak layan akak2 menganyam. So malam tuh pergi la klinik check. Memang HMFD!..tapi peringkat awal. Kena pantau selalu. Setakat ni bahagian mulut xde lagi. (mintak2 xde). Doc just kasi krim sapu je. Minta antiobiotik, but the doc cakap xpayah. Tak jalan katenye. 5 minit checking, ok da.. boleh tunggu ambil ubat ye..camtu je. La ai...kejapan je jumpa  doc nye. Nak tanya detailpun x boleh. Doc nih kejar masa nak berak ke ape ni? *sigh*. Balik umah buat research kat google jek le macam ni. 

(krim alahan doc kasi)


Research punya research, dapat la tahu serba sedikit tentang penyakit nih. Yela.. kita kan 1st baby, mana pernah alami benda2 macam ni semua. Rupa-rupanya penyakit ni pernah menjadi endemik di Sarawak dan Johor suatu ketika dulu dan menyebabkan lebih 30 kematian! Oh oi...nasib baik dapat kesan awal Aniq ada penyakit nih. Tapi no worries, sebab masih di peringkat awal. Doc cakap ianya akan hilang dalam masa seminggu dua. InsyaAllah..we will see.


So mama mama semua..Try lah baca.. mana tau anak korang ade simptom2 HMFD ni. Mintak2lah xde kan!

Definisi & Penyebab

HMFD ialah jangkitan melalui sejenis virus dipanggil enterovirus, atau virus yang biasa terdapat di dalam usus. Contoh virus yang menjangkiti manusia ialah poliovirus, Coxsackie virus A dan B, echovirus dan enteroviruses 68-71.

HFMD boleh disebabkan oleh coxsackievirus A16, A5, A9, A10, B2, B5 and enterovirus 71. Coxsackievirus A16 (Cox A16) adalah penyebab paling biasa HFMD tetapi yang paling tidak bahaya.

HFMD disebabkan oleh enterovirus 71 (EV71) adalah lebih merbahaya dan menyebabkan kematian. Ini adalah disebabkan oleh jangkitan selaput otak (meningitis), Jangkitan otak (encephalitis), masalah jantung (myocarditis) dan jangkitan paru-paru berair.

Cara jangkitan

HFMD mudah berjangkit. Jangkitan dapat merebak daripada manusia ke manusia melalui sentuhan melalui cairan hidung dan mulut, air liur, cecair daripada lepuh tangan dan kaki, dan najis mereka yang dijangkiti. Seseorang pesakit paling mudah menjangkiti orang lain dalam waktu seminggu terkena jangkitan.

Gejala Penyakit

HFMD datang dengan tumbuh ruam dan lepuh di tangan dan tapak tangan (macam berair atau ruam merah), penggelangan tangan, kaki dan juga kawasan mulut. Kebiasaannya, hampir kesemua kes mempunyai ruam di tangan, tetapi hanya 90% sahaja kes yang mempunyai ruam di dalam mulut. Adakalanya hanya ruam di tangan sahaja yang timbul jika dijangkiti HFMD tanpa ruam2 di kawasan yang lain.




Dalam masa yang sama, pesakit boleh mendapat demam, rasa lenguh-lenguh badan, sakit kepala, jangkitan mata, sakit perut dan kadang-kadang cirit birit.




Di antara banyak virus penyebab HFMD, virus yang disebabkan oleh enterovirus 71 (EV71) adalah paling merbahaya. Demamnya adalah lebih tinggi (39 darjah ke atas) dan lebih daripada 3 hari. EV71 adalah penyebab kematian 27 orang kanak-kanak di Sarawak daripada 34 kematian pada tahun 1997.

Perkara yang perlu diberi perhatian sekiranya anak anda menghidap HFMD:-

 Demam Tinggi. (Stkt ni xde gejala yg menunjukkan Aniq nak demam)
• Penat dan lemah. (Still aktif 24/7)
• Tidak mahu makan dan kurang kencing. (Bubur nasi semangkuk habiiis..)
• Bernafas kencang. (-)
• Muntah-muntah. (-)
• Nampak mengantuk, pening dan cepat marah dan menangis.  (Ade la cikit-cikit)
• Sawan.  (-)

Perawatan HFMD.

HFMD biasanya tidak bahaya dan hilang sendiri. Kebanyakan kes tidak perlukan kemasukan ke hospital dan hanya perlu dirawat sebagai pesakit luar sahaja.

Perawatan simptomatik diperlukan oleh kebanyakan pesakit HFMD. Ini bermaksud menurunkan demam, mengurangkan kesakitan seperti sakit kepala dan sakit badan, Meningkat hidrasi pesakit dan perlukan rehat yang secukupnya. Gel kebas boleh diberikan untuk mengurangkan kesakitan ulser mulut.

ANTIBIOTIK tidak perlu digunakan di dalam kebanyakan kes. Pesakit perlu diasingkan daripada kanak2 yang lain.

Bilakah pesakit perlu dimasukkan ke Hospital?

- Apabila pesakit tidak boleh makan dan minum dan perlu dimasukkan air melalui salur darah
- Kelihatan lemah dan teruk, kelihatan toksik
- Jika demam tidak berkurang dan tinggi (38 dan 39 darjah sentiasa) lebih daripada 4 hari
- Bila doktor menjangka terdapat jangkitan kepada kawasan otak menyebabkan kanak-kanak meracau, serangan sawan, kepenatan melampau, tidak peka terhadap persekitaran.
- Bila terdapat masalah jantung seperti gangguan bunyi jantung, tekanan darah rendah.

Masih TIADA vaksinasi untuk penyakit ini pada waktu ini.

Elakkan Jangkitan!

Adalah penting untuk anda membasuh tangan dengan menggunakan sabun setiap kali anda menukar lampin anak-anak yang terkena HFMD.

Anda juga boleh menggunakan air dan sabun (ada yang cadangkan menggunakan Clorox) untuk membersihkan lantai, mainan, pakaian dan lampin yang terkena najis atau air liur mereka.

Jangan bawa anak anda ke tempat terbuka seperti kolam renang atau kompleks membeli belah. Sekolah dan nurseri juga perlu dielakkan untuk mengelakkan jangkitan merebak.

Jangan Panik

Sekiranya anak terkena jangkitan, usah panik. Kebanyak HFMD tidak merbahaya dan pulih sendiri. Apatah lagi sekiranya anak-anak anda tiada demam, selera makan adalah biasa dan nampak ceria sahaja walaupun terdapat ruam di mulut dan tangan.

Dapatkan nasihat doktor di klinik yang berhampiran dan elakkan jangkitan kepada anak-anak yang lain.

Many Thanks to you Doc!!
ttp://drazwan.blogspot.com/2008/07/penyakit-tangan-kaki-dan-mulut-hfmd-dan.html

Monday, February 20, 2012

Pemakan makanan pejal

Elok demam, automatik jd pemakan balik..time sakit nak kasi makan, memang semua nak kena manual la. Da segar bugar hari ni, ha mulot lk cam anak burong. Nganga2 jek minta suapan. Macam ni la anak ibu. Pandai..pandai..

Selepas lahir dan membesar, da jadi tanggung jawab kita (ibubapa) untuk memberikan yang terbaik pada anak. Begitu juga dalam hal yang paling pokok (bkn pokok MUHussin tuh!) iaitu memberinya makan. Selepas umur baby 6 bulan atau macam da bole mkn camtu disarankan kasi makan solid food 2x sehari kt anak.. Jangan terlalu awal dan jangan lak terlalu lambat kenalkan anak dengan solid food. Sebab kalau terlalu awal mungkin akan beri kesan pada perut baby. Usus baby lembut lagi so dia x berupaya nak proses apa yang dimakannya. Dan kalau terlalu lewat baru nak kasi makan makanan pejal lak takut si manja terkurang nutrisi. Bila kurangnya nutrisi, secara lansung dia akan kelewatan pertumbuhan juga perkembangan.. So, memang ambil beratlah pasal makanan bayi ni tau!

Ok antara menu harian Anq adalah bubur nasi lah. Setakat ni tak pernah lagi masukkan garam ke dalam makanan baby. Sebab dalam ikan bilis dah ada rasa masin / garam tersendiri...  Tamau baby terbiasa dgn rasa masin garam tambahan. Setiap kali buat bubur nasi ni mesti wajib campurkan dengan ikan bilis. Bubur nasi ni menu utama la senang cakap. Bangun pepagi, buat bubur dulu. Alah cikit je, dalam segenggam beras camtu. Agak-agak beras da hancur, barulah masukan ikan bilis, daging / ayam dan sayur. Antara sayuran yang boleh dicampurkan dengan bubur nasi ni ialah:
  1. Lobak merah
  2. Brokoli
  3. Ubi kentang
  4. Bayam
  5. Sawi
  6. Labu

Anggaran 2 minit camtu, ttp api dapur pastu masukkan dalam blender, kisar halus2. Masukkan dalam tupperware pastu simpan dalam fridge. Nak guna just panaskan balik jek. Kalu x nak letak atas dapur gas, just letakkan bubur tersebut dalam mangkuk, rendamkan dengan air panas. Biarkan seketika, 5 / 10 minit camtu da ready. Setakat ni semua sayur di atas semua dah Anq rasa. Alhamdulillah.. tak pernah menolak lak.. semua die ngap! Ayah Anq tengok ibu suapkan baby waktu tu pun terlior semacam jer.. Aniq anak ibu..bukak mulot syg..aaaaaaaa..(sekali ayah Anq yg ternganga2 mulotnye..) "Ayah..nonono... special for baby only eh!"

Sehari 2 kali makan. Pagi dalam pukul 10am, 11, 12 camtu Anq da start makan. Makan malam lak dalam kul 6, 7, 8pm. Lepas makan, then mandikan die.. barulah die tido dengan lenanya. 
Kalau anda x rajin or xde masa sebab penat bekerja, godak je nestum dengan air suam then tinggal suap je kan. Dalam seminggu tu, Aniq ni ada la juga dikasi nestum2 ni. Ni kalau ibu die penat or dalam erti bahasa kunonye tak rajin lani.

(kalau tak rajin, stok masa depan nih la jadi kudapan Anq))

Petang lak mesti nak makan lagi c happy pill nih. So kasi la die biskut. Kalu kasi sekeping nampak cam bersungguh-sungguh nau makan tu.. memang sekeping lagi la kasi. Tapi yang ni hancurkan pastu campurkan dengan susu cikit. Kadang-kadang kalau tak malas akan mengupas epal then blend it (puree). Anq suka jugak makan ni. Kalau korang nak buah lain pun boleh kalau x suka epal. Pisang, mangga, pir, betik antara yang sedap dibuat puri. Kalau baby suka ianya lemak2 camtu, campurkan cikit susu dia.. mesti die makan punyalah!. Selain terjamin kebersihan, puri buah-buahan ni penuh dengan khasiat untuk tumbesaran dan otak yang cerdas tau!

(orang mude kekenyangan senang hati)

Untuk kesihatan bayi yang optima, penyusuan susu ibu or formula perlu diteruskan. Sebab baby perlu cukup kalsium untuk bina tulang temulang dia. Kang x bagi susu lembut tak bertulang lak anak kita tuh... 

Kalau 1st time dia tak suka, jangan paksa.. Jika dia luahkan keluar makanan or cebikkan muka, jangan anggap dia nakal ataupun meragam. Sabar.. its just a new experient untuk dia kan. 4 hari or seminggu kemudian boleh cuba pujuk lagi.. Salah satu tujuan buat camni adalah untuk kenal pasti sama ada bayi ada masalah alahan pada makanan tersebut. Then lama-lama dia akan biasakan diri dengan rasa & tekstur of his first solid food.  Cubalah untuk tidak menjadi malas dengan pelbagaikan menu makanannya setiap hari.. tentu waktu makan menjadi waktu kegemarannya.. om nomnomnom!






P/s 1: Sebelum menyediakan makanan baby, rasakan kuman-kuman yang jahat tu dengan air panas. Rendam / jirus perkakas2 seperti mangkuk / senduk / sudu / cawan. 

P/s 2:  Baca Bismillah 1st.. then baru suap baby. InsyaAllah baby makan woO.O...Suka tengok baby terhinjut-hinjut lepas suap makanan...itu tandanya dia happy ler tu..