Thursday, February 23, 2012

HFMD a.k.a Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut

HFMD a.k.a Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut


Yes..itulah tajuk post hari ni ye. Ok, beberapa hari yang lepas bila bukak baju dak Aniq (mandi time), memang akan jd kebiasaan lah sejak2 dah jadi ibu yang prihatin ni mesti nak belek2, cium2 anak dulu sebelum mandi (bdn baby lagi best bila bangun tido kan?ala kepam2 gitu!). Terperasan la tapak tangan dengan kaki die ade bintik2 air. First ingatkan ruam biasa la kan. Aniq ni memang sentiasa ada ruam. Maklumlah kuat sangat berpeluh. Malah masa dia umur 4 ke 5 bulan camtu die pernah kena ruam teruk. Penuh 1 badan! Malam nak tido makesure masa tu, badan kena lap dulu. Tukar baju. Then pukul 2 / 3 pagi baju da basah sampai ke cadar basah sekali. Tukar lagi baju. (tido dalam aircondpun boleh berpeluh tau!). Macam-macam try nak elokkan ruam die. Semua krim baby try. Semua x jalan. Ruam da naik ke kepala  baby da masa tu. Sampai nak keluar jejalanpun malas sebab malu nanti orang tgk anak kite camtu. Finally jumpe jgk ubat yang sesuai dengan die. Alhamdulillah.. Sekarang nasib baik da ok walaupun ruam naik jugak kat badan die kadang-kadang. 


Satu je perkara yang aku dapat belajar sejak jadi ibu ni iaitu kebersihan. Yes! Da ada anak ni kebersihan memang kena tip top!.


Ok ok ok ok ok yeh! (ececece cam Mus May lak kann..). Back to topic la dei!. Memula perasan bintik2 kat kaki tangan tu, memang ingat ruam biasa la. Ok just sapu krim macam biasa. Esoknya ada lagi. Kali ni da siap melepuh macam kena air panas lak. Risau gak. Fikir jugak maybe campak sebab baru habis demam x sampai seminggu. Tapi ni bintik2 berair. Chicken pox kot.. Lepas mandi sapu2 krim. Petang still  ada lagi. Risau ooOO.. pergi la tanya dengan akak sebelah rumah sebab anak dara setahun die tu bulan lepas kena chcken pox. Kebetulan akak2 yang lain ada lak.(tgh sibuk mengayam lani). Da diorang lak yang membelek-belek si Aniq ni.

tunjuk-tunjuk 1
tunjuk-tunjuk 2
tunjuk-tunjuk 3


Akak Baik : Laaa Jue, ni bukan chicken pox ni. Ni macam anak akak marin (dulu).  Penyakit kaki,  tangan dan mulot.
Aku : Hoh? La yeke?? Bahaye ke kak?
Akak Baik : Ni baru lagi ni. Gi klinik la check. Nanti dia kasi antibiotik & krim sapu.
Aku :  Ooo ingtkan campak ke chcken pox. Canne leh kena lak ni..
Akak xbrapa nak baik sangat : Laa aii kau ni Jue. Kan benda ni berjangkit jugak.. Lorong ni lorong ni 3 org budak da kena. Ha tula berkurung je dalam rumah. Mana nak tau perkembangan semasa.
Aku : Hooh???

Errmm yela tuh kak.. Malas mak nak layan akak2 menganyam. So malam tuh pergi la klinik check. Memang HMFD!..tapi peringkat awal. Kena pantau selalu. Setakat ni bahagian mulut xde lagi. (mintak2 xde). Doc just kasi krim sapu je. Minta antiobiotik, but the doc cakap xpayah. Tak jalan katenye. 5 minit checking, ok da.. boleh tunggu ambil ubat ye..camtu je. La ai...kejapan je jumpa  doc nye. Nak tanya detailpun x boleh. Doc nih kejar masa nak berak ke ape ni? *sigh*. Balik umah buat research kat google jek le macam ni. 

(krim alahan doc kasi)


Research punya research, dapat la tahu serba sedikit tentang penyakit nih. Yela.. kita kan 1st baby, mana pernah alami benda2 macam ni semua. Rupa-rupanya penyakit ni pernah menjadi endemik di Sarawak dan Johor suatu ketika dulu dan menyebabkan lebih 30 kematian! Oh oi...nasib baik dapat kesan awal Aniq ada penyakit nih. Tapi no worries, sebab masih di peringkat awal. Doc cakap ianya akan hilang dalam masa seminggu dua. InsyaAllah..we will see.


So mama mama semua..Try lah baca.. mana tau anak korang ade simptom2 HMFD ni. Mintak2lah xde kan!

Definisi & Penyebab

HMFD ialah jangkitan melalui sejenis virus dipanggil enterovirus, atau virus yang biasa terdapat di dalam usus. Contoh virus yang menjangkiti manusia ialah poliovirus, Coxsackie virus A dan B, echovirus dan enteroviruses 68-71.

HFMD boleh disebabkan oleh coxsackievirus A16, A5, A9, A10, B2, B5 and enterovirus 71. Coxsackievirus A16 (Cox A16) adalah penyebab paling biasa HFMD tetapi yang paling tidak bahaya.

HFMD disebabkan oleh enterovirus 71 (EV71) adalah lebih merbahaya dan menyebabkan kematian. Ini adalah disebabkan oleh jangkitan selaput otak (meningitis), Jangkitan otak (encephalitis), masalah jantung (myocarditis) dan jangkitan paru-paru berair.

Cara jangkitan

HFMD mudah berjangkit. Jangkitan dapat merebak daripada manusia ke manusia melalui sentuhan melalui cairan hidung dan mulut, air liur, cecair daripada lepuh tangan dan kaki, dan najis mereka yang dijangkiti. Seseorang pesakit paling mudah menjangkiti orang lain dalam waktu seminggu terkena jangkitan.

Gejala Penyakit

HFMD datang dengan tumbuh ruam dan lepuh di tangan dan tapak tangan (macam berair atau ruam merah), penggelangan tangan, kaki dan juga kawasan mulut. Kebiasaannya, hampir kesemua kes mempunyai ruam di tangan, tetapi hanya 90% sahaja kes yang mempunyai ruam di dalam mulut. Adakalanya hanya ruam di tangan sahaja yang timbul jika dijangkiti HFMD tanpa ruam2 di kawasan yang lain.




Dalam masa yang sama, pesakit boleh mendapat demam, rasa lenguh-lenguh badan, sakit kepala, jangkitan mata, sakit perut dan kadang-kadang cirit birit.




Di antara banyak virus penyebab HFMD, virus yang disebabkan oleh enterovirus 71 (EV71) adalah paling merbahaya. Demamnya adalah lebih tinggi (39 darjah ke atas) dan lebih daripada 3 hari. EV71 adalah penyebab kematian 27 orang kanak-kanak di Sarawak daripada 34 kematian pada tahun 1997.

Perkara yang perlu diberi perhatian sekiranya anak anda menghidap HFMD:-

 Demam Tinggi. (Stkt ni xde gejala yg menunjukkan Aniq nak demam)
• Penat dan lemah. (Still aktif 24/7)
• Tidak mahu makan dan kurang kencing. (Bubur nasi semangkuk habiiis..)
• Bernafas kencang. (-)
• Muntah-muntah. (-)
• Nampak mengantuk, pening dan cepat marah dan menangis.  (Ade la cikit-cikit)
• Sawan.  (-)

Perawatan HFMD.

HFMD biasanya tidak bahaya dan hilang sendiri. Kebanyakan kes tidak perlukan kemasukan ke hospital dan hanya perlu dirawat sebagai pesakit luar sahaja.

Perawatan simptomatik diperlukan oleh kebanyakan pesakit HFMD. Ini bermaksud menurunkan demam, mengurangkan kesakitan seperti sakit kepala dan sakit badan, Meningkat hidrasi pesakit dan perlukan rehat yang secukupnya. Gel kebas boleh diberikan untuk mengurangkan kesakitan ulser mulut.

ANTIBIOTIK tidak perlu digunakan di dalam kebanyakan kes. Pesakit perlu diasingkan daripada kanak2 yang lain.

Bilakah pesakit perlu dimasukkan ke Hospital?

- Apabila pesakit tidak boleh makan dan minum dan perlu dimasukkan air melalui salur darah
- Kelihatan lemah dan teruk, kelihatan toksik
- Jika demam tidak berkurang dan tinggi (38 dan 39 darjah sentiasa) lebih daripada 4 hari
- Bila doktor menjangka terdapat jangkitan kepada kawasan otak menyebabkan kanak-kanak meracau, serangan sawan, kepenatan melampau, tidak peka terhadap persekitaran.
- Bila terdapat masalah jantung seperti gangguan bunyi jantung, tekanan darah rendah.

Masih TIADA vaksinasi untuk penyakit ini pada waktu ini.

Elakkan Jangkitan!

Adalah penting untuk anda membasuh tangan dengan menggunakan sabun setiap kali anda menukar lampin anak-anak yang terkena HFMD.

Anda juga boleh menggunakan air dan sabun (ada yang cadangkan menggunakan Clorox) untuk membersihkan lantai, mainan, pakaian dan lampin yang terkena najis atau air liur mereka.

Jangan bawa anak anda ke tempat terbuka seperti kolam renang atau kompleks membeli belah. Sekolah dan nurseri juga perlu dielakkan untuk mengelakkan jangkitan merebak.

Jangan Panik

Sekiranya anak terkena jangkitan, usah panik. Kebanyak HFMD tidak merbahaya dan pulih sendiri. Apatah lagi sekiranya anak-anak anda tiada demam, selera makan adalah biasa dan nampak ceria sahaja walaupun terdapat ruam di mulut dan tangan.

Dapatkan nasihat doktor di klinik yang berhampiran dan elakkan jangkitan kepada anak-anak yang lain.

Many Thanks to you Doc!!
ttp://drazwan.blogspot.com/2008/07/penyakit-tangan-kaki-dan-mulut-hfmd-dan.html

No comments: