Thursday, June 28, 2012

Bercuti di hospital

Yes..its happened weekend last week. Maybe entry ni udah berbau bau basi, tapi still nak nak crite jugak. Mostly kebanyakan (keseluruhan rasanya) entry akan dilabelkan sebagai "flashback". Macam nih lah gaya kalau blogger yang lansung x komited.  Eheh, menulis bukan untuk mengumpul followers, just sebagai nak simpan memori sendiri untuk diingati. Kalau sama-sama terbaca itu dipanggil berkongsi sesama insan.

Weekend kami minggu lepas hanyalah setakat bercuti di hospital saja. Pakej 2 hari 2 malam doktor kasi. Sebab utama mengikuti pakej ni adalah kerana c happy pill ni naik rashes satu badan + demam. Mula-mula hari jumaat tu, ibu da perasan yang badan Anq da start naik ruam. Tapi masa tu just ingat yang ruam peluh biasa sebab Anq memang kuat berpeluh n pantang kalau tak cepat2 dimandikan die akan naik ruam.  Bila dah petang tu, dah penat main kejar2 ngn kakak2 die dpn umah nih, masuk la mandikan. Sapukan krim semua. Malam, bila ayah die balik, terkejut jugak bila ayah die tegur yang ruam da naik ke muka, kepala semua. Risau. Ok, kami ke klinik. Macam biasa, klinik just bekalkan ubat sapu n syrup alahan je (Candacort + Allersin). Niatnya nak ke specialist sebenarnya, tapi dibatalkan sebab da malam sangat. Doc ckp its just ruam biasa. 

6.00 am. Terjaga sebab Anq merengek2. Suapkan cik B. Alamak... panasnye badan die!. Lepas BF kan die, switch on lampu, suapkan paracetamol dgn harapan suhu badan turun cikit. Ya Allah terperanjatnye tengok yang muka Anq da merah2. Checking satu badan da merah2. Bintik-bintik merah dah merebak satu badan! Macam denggi. Ayah Anq terjaga. So bincang, pagi ni terpaksa off kerja, hantar anak checking kat hospital je. Sebab kalau klinik biasa ibu pun boleh bawak, n tau doc msti chck sambil lewa je. Aii susahnya hati....

11. 00 am. Tiba di Hospital Besar Melaka. Semua prosedur da buat. Doc pun da check. Yang peliknya doc pun x pasti kenapa sebenarnya. Disebabkan bintik2 like denggi, so terpakse la buat blood test. Ibu da lemah lutut bila dengar kena buat ujian darah. Sebab before this masa jaundis (demam kuning) dulu, nak amik darah punyalah susah c Anq ni. Tangan pun lebam2 sebab x jumpa urat. Doa dalam hati tak berulang macam dulu.

Satu hal yang boleh buat hati x sabar masa duk tunggu nak buat blood test ni ialah "lama sangat". Bayangkan pukul 11.30 da letak kad dalam bakul bilik blood test tuh, kul1  nama belum di panggil lagi! Please la hospital besar pun macam ni ke? Harap tolongla improve. Sistem biarlah sistematik sikit. Bayangkan patient dah la ramai, seat pun 4 kerat je ade. Seat kat luar memang la banyak, ni kat dalam ni kena fikirkan jugak. Takkan nak tunggu kami pengsan baru nak alihkan seat kat luar tuh letak dalam kot. Paham patient ramai. Kalau cmtu kerja pun laju la. Aii.. Anak da meradang nak minum susu, kelaparan semua. Mana nak layan kerenah cepat bosan anak lagi. Badan dah la x sihat. Nasib baik la ayah die yang melayan. Ibu memang da takde daye. Perut just isi air je pada pagi td.

2.00 pm. Baru nak panggil nama. Aiii marahnya hati! Nasib baik kami ni jenis orang yang sabar2. Sejarah berulang.. boleh dikatakan lagi teruk pada dulu. Tangan kanan inject bape kali x dapat. Tangan kiri still x dapat. Anak meraung sakit. Ibu die ikut sekali meraung. Last2 ayah Anq suruh tunggu luar kalau x sanggup tengok. Tapi still kat sisi anak. Tuhan je tahu betapa sedihnya tengok anak meraung sakit. Tiga orang try inject still x dapat. Bayangkan kalau sorang try da 2,3x.. yg lain2 tuh try.. Last2 diorang panggil doc sendiri yang try buat. Doc perempuan kali nih. Branikan diri tengok die inject Anq. 1st x berjaya. Nasib baik yang 2nd inject tuh dapat! Bila done je, terus ibu peluk Anq. Pujuk2 semua. Keluar je bilik semua mata tertumpu pada kami anak beranak. Kesian maybe. Akak sorang tuh tanya "da dapat dik?" Aku just senyum n angguk je. Xde hati nk berborak fikirkan sakit anak. Peluk anak kuat sambil lap2 air mata anak.

Ayah ajak makan dulu sementara tnggu result. Ok. Time tengah makan, doc call cari kami n cakap result da tau. "Dengue Suspect". Terus rasa lembik badan. Air mata ibu da curah2 keluar. Anq terpaksa admitted. Ya Allah, risau, sedih. Denggi ke? Dalam hati doa mintak2 bukan.


 


Disebabkan admitted here sebab dengue suspect, so doc risau yang Anq kurang air dalam badan. Terpakse la kakipun di inject untuk letakkan salur tiub air. Sekali lagi la bergelut dengan tangisan anak. Aiii 2,3x inject jugak la kat situ. Anq nampak macam dah fobia dengan nurse and doc. Nampak katil bila nak baringkan diepun dia da takut. Meraung2. Ibu terpaksa kuatkan hati.




Masuk je dalam wad badan da lemah2. Terus baring mengadu kat ayah. Kalau dengarkan suare Anq yang serak lps mnangis tuh macm ni lah boleh ibu transltekan kot.. "Doctor jahat. Doc cucuk2 adik.. Sakiiit". Ayah usaha la pujuk manje die. "Manje ayah nak baik tak..?kuat tau..kan boboiboi nih..!syg Anq nih..!"


Tengok tuh, x habis duk mngadu kat ayah. Ayah nak balik ambik barang pun terpaksa pujuk2 dulu. Nasib baik la ibu bawak baju spare. Seluar awal2 ibu da bukakkan sebab kat kaki da kne pasang tiub air tuh. Kang nak basuh poo poo senang. So pakaikan baju je. Ayah minta diri balik, Aniq pandang ayah die dengan muke kememeh nak ikut. Cian ibu tengok... Sabar sayang.. jap lagi ayah datang balik.. manja sangat ngan ayah.


Malam pertama, Anq dmm lagi. Tapi dalam demam2 pun stil aktif. Makan minum macam biasa. No vomitting. Xde cirit birit semua. Ruam bintik2 still ade. Kalau sentuh kulit Anq rasa sandy je. Tapi merah2 da beransur hilang. Pagi tadi masa panas tu, bintik2 die color merah. Tengok pun gerun. Darah di ambil once again untuk test lagi. Aii..kesian anak. Doc cakap ini memang prosedur. Memang la, tapi make sure la inject betul2. Ni tak berkali2 staff korang cucuk2 anak saya tuh! Doc diam je dengar ibu cakap macam tu n lepas tuh sambung cakap yang mungkin bukan denggi. Just suspect. Tapi mereka akan pantau sebab xdapat pastikan. Ini bukan campak or allergik makanan or ubat. Aii doc pun xtau. Ibu muda yang baru nak bertatih ni lagi la tatau ape!



Malam pertama Anq tido macam biasa. Takde nak merengek2.. Alhamdulillah. Cuma ibu yang x dapat tido sbb patient kat katil sebelah sebelah sume batuk2 n nangis xselesa. Kesian kalau tengok. Anak kita sakit, anak org lain lagi kuat sakitnya.. Syukur di situ. Semua kene sedut gas every hour yang telah di tetapkan doc. Kuman da masuk paru-paru. Sedut gas untuk clearkan kuman2 yang jahat tu. La aii.. sedih tengok.


Masuk 2nd day da xpyah amik darah lagi doc cakap. Alhamdulillah. Disebabkan Anq xde nak dehydrated, so ibu mintak cabut je tiub air tuh. Bila da cabut, agaknya sakit jarum still kat kaki, Nak berjalanpun takut. Kesian baru je pandai jalan, da jadi camni.  Nasib baik ayah Anq mmg cuti hari Ahad sekarang. Dapatlah temankan anak masa melawat. Tapi ibu suruh stay je lama-lama. Nasib baik guard buat dunoe je. Eheh.


Petang masa melawat, penuh 1 bilik dengan family kami je. Semua datang. Nenek, Paklong Nuar Maklong Ina, Makngah Ya Pkngah Ijan, Mak Ude Pak Ude Nizam, Makcik Ida n Pakcik Salim. Lum plus anak2 diorg lagi. Semua datang. Semua sayang Anq. Tapi die asyik nak melalak je. Xselesa orang ramai kot. Tadi duk ngan ayah die elok je mengekek2 ketawa. Bila ramai2 die duk mengharuk je kje. Aii..sabar jela.


Disebabkan macam da ok, malam tu tanya nurse samada da boleh keluar belum. Nurse cakap besok pagi. kalau nak cepat tanya doc dulu. Masalahnya, xde doc yang bertugas malam minggu kecuali untuk kes yang serius.. Erm..terpaksa la tunggu esok hari.. Malam tu, Aniq still tido dari pukul 10pm till 7.30 am. Semua jeles sebab hanya die sorang saja yang paling nyenyak tido. Yang lain semua menangis2 xselesa sbb x sihat. Batuk2 lagi... Sayu hati.. Sian tengok ibu-ibu semua x cukup tido jaga anak masing2. Mulia betul pengorbanan mereka. Semoga cepat sembuh ye anak-anak..


Isnin pagi. Nurse datang checking. Terus tanya da boleh keluar belum. Huhu stil kena tunggu doc datang kejap lagi. Aii penantian seribu penyeksaan. Da habis sarapan semua barulah doc datang. Nasib baik la doc kasi keluar pagi ni. Bukan ape risau lelama sangat duk dalam ni. Mana tau berjangkit batuk ke ape ke. Bukan saje takut berjangkit kat anak.. kat ibu yang mengandung ni pun risau jugak tau. Risiko nya memang tinggi!. Uiks apadia?? mengandung?? Huhu yes! da nak masuk 12 weeks da pun. Sebab tu ibu selalu x larat sekarang.. tentang ni nanti la crite k. Myb next entry.. : )  Ayah kerja hari ni, so terpaksa tnggu tengah hari lunch hour datang amik. Barang da siap packing. Tiba-tiba datang doc lagi. Ingat kan nak cakap kena pending keluar.. huhu, tapi doc cakap result sebenar samada denggi or something else diorang akan telefon dalam masa 3 minggu. Uiks bole cmtu? Heran betul, macam mana doc pun xboleh nak pastikan apa sebab sebenarnya.


Kul1.00pm camtu kitorang dah say bye-bye to haspital. Yes, akhirnya! Pihak hospital just bekalkan paracetamol je. Untuk ruam2 tu, xde pape biar die hilang sendiri katenye. Dari hari isnin sampai ke hari ni (Jumaat), Aniq demam on off je. Suhu xde la tinggi sangat. Tapi tetap kasi ubat demam. Batuk cikit2. Semalam paling teruk batuk-batuk sampai muntah-muntah. Aiii, sekali lagi hati ibu nih xtenang. Herannya, aktif mengalahkan orang yang cihat je nampak! Hari ni nak buat observation. Kalau batuk sampai termuntah lagi, kami nak terus ke specialist. Refer kat paed lagi better kot daripada terus g hospital or klinik biasa. Kalau paed nasihat bawak ke hspital ke, tu kena patuh la. Sebab xmo sejarah berulang..huhu : ). Semua ni faktor persekitaran lani kot. Jerebu, cuaca x menentu, asap rokok semua.


Aii cepatlah sihat macam biasa anak.. Ibu sayang anak ibu.


Harap anak-anak ibu2 yang terbaca entry ni sihat-sihat belaka k.. aminnn.

2 comments:

eLL said...

hai kokjue.
tahniah dan jaga diri sendiri sedanya nanti kalau kokjue sakit, sape nak jaga famili...

Keyna said...

Sama laa..saya pernah jaga anak2 kar wad..yg 1st msa tu kna brocholitis... yg ke 2 plak..msa tu blom abis pantang...batuk berdarah... seram jer nak duduk hospital lama2... now..my son infected HFMD...choose to stay kat rumah shj...virus ni kat mna2 ada..dah tu..ubat @ vaksin utk hfmd mmg takder...dari cari pasal nk tgk anak2 kna cucuk..baik kuarantin kat umah...its better...ubat klinik byknyer drugs...i choose safe side..bg suplemen nature...