Wednesday, July 11, 2012

She's gone.. :- ( Part 1

Azra (Dara, perawan used for Maryam/Mary) Zaina (Beautiful)

Azra Zaina. Yes itulah nama yang terpahat dalam fikiran sejak doc sahkan mengandung 3 bulan yang lepas. Memula terkenankan nama Annur Zafrah. Tapi nampak cam banyak lak huruf die, so Azra Zaina jadi pilihan. Walaupun baru lagi masa tu, tapi hati ibu ni kuat nyatakan kali ni mesti gegirl lak!. Awal-awal lagi da chop nama bb girl semua. Sangat excited. Happy, sangat happy masa tu. tapi dalam pada tu, tetap risau sebab before this ceaser. Takut kalau-kalau perut makin membesar boleh terbukak lak jahitan tu. Yela, Aniq pun lum masuk setahun lagi. Haha, ape la.. fikir yang bukan-bukan jek. He, bila fikirkan gerun je. So buat la research semua. Baca sana, baca sini. Merata singgah blog mummies, blog doctor2 n forum yang ade info tentang mengandung after ceaser. Rupanya xde ape-ape pun. Just jaga kesihatan elok-elok dan makan vitamin yang dibekalkan untuk perkembangan bb kat dalam.

Tiga bulan berlalu. Ibu perasan ade spotted brownish keluar masa bangun pagi Sabtu 2 mniggu lepas (300612). Masa tu, cikit2 je keluar. Risau. Hati berdebar. Tapi still bertenang sebab keluar pun cikit2 je. Sebesar duit syiling 20 sen camtu.  Lagipun ingatkan keputihan. Sebab kalau penat memang akan keluar benda2 camni. Tengah hari still ade. Semakin banyak. Bawak ke malam, still ade jugak. Makin gelap lak warna die. Dah jadi coklat kehitaman lak. Aii bertambah lah risau hati ni. Try wat research semua. Terkejutnya aii, ini adalah tanda-tanda awal untuk keguguran. Ajak ayah Anq g klinik scan tengok baby ok x. Dah malam.. n esok Sunday ayah Anq kena kerja lak. Xpela, ayah Anq balik petang tu, terus g klnik. Yang sedihnya, seluruh melaka cari klinik nak buat scan tapi disebabkan weekend banyak yang tutup. Yang ada 24hours pun diorang xbuat scan pada hari minggu. Dalam kereta, ibu dah nangis2 sebab kat bawah dah mengalir laju macam period suda. Malam tu, 3x die keluar laju. Sebelum ni keluar cikit2 je. Hampa bila balik rumah x dapat buat scan. Tengok pad, da macam period da cuma warna je lain. Hitam. Hati ni berdebar je, risau. Nak x nak tunggu esok juga.

Isnin. Pagi2 lagi ibu da  siapkan Aniq nak g klinik. Ayah die kerja, so terpaksa drive pergi sendiri. Sampai pukul 8 lebih. Ya Allah ramainya umat. Dr. Rahimah (pakar sakit puan) ni memang ramai betul peminat. Kat sini je ibu selesa nak buat scan, so terpaksa la tunggu. Pukul 10am baru no di panggil. Explain semua kat doc 2 minit. Terus pergi buat scan.


Dr. Rahimah : Nampak macam kandungan awak ni x menjadi ye..kantung ada, tapi nampak kosong. Macam ni lah, saya buat surat untuk awak refer ke hospital ye.

Kandungan x menjadi??? Masa doc tengah scan n cakap camtu, tahan je air mata ni. Ibu baring kat atas bed, Aniq lak sibuk duk main kat bawah. Senang hati die duk bukak bakul jarum n pegang2 manje. Terkejutnya Ya Rabbi! Doc da menjerit. Ibu ni ape lagi, terus turun capai anak. Checking2 kalau2 tercucuk mana2. Nasib baik xde pape. Aii anak2. Perut pun melekit2 sbb x sempat lap masa scan td. Aii....aiii.. Keluar je dr bilik doc, hati rasa kosong. Tunggu surat doc, Aniq da start merengek nak tido. Nasib baik jap je. Settle bil, terus keluar masuk kereta. Bf kan Aniq jap. Nampak macam da puas je, letakkan kat seat sebelah. Call ayah die. Dengar je suara, lum cakap apa-apa air mata da ngalir laju-laju. Rewindkan apa yang doc cakap td kat ayah Anq. Suare pun sengau sebab duk menangis. Ayah Anq tenangkan jap n suruh drive safety balik. Tengah hari kang die amik half day je untuk bawak ibu ke hospital. Aniq kat sebelah da lali2 nak tido. Pandang je ibu ngah menangis. Ibu pun cakap lah.. "Ibu sedih nih, abg nak tido, tido dulu k. Nanti ayah balik kita g hospital tengok baby Azra canne k..".  Macam faham2 je die. Seminit drive, terus hanyut budak ni. Nasib baik xde nak merengek cari cik B. Da ngantuk sangat da kot. Tertido sendiri. Gud2..tapi ibu tetap duk menangis. Tapi da slow motion sbb macam menaruh harapan she's still ada. Mungkin doc sini tersilap ke ape ke.. Papepun kena g hospital tengok canne dulu.


Pukul2 pm camtu, ayah Anq da sampai umah. Mandi, siap2 makan semua, dalam pukul 3 lebih nak camtu sampai kat hospital. macam biasa lah kena ikut prosedur. Walaupun kat bawah still bleeding, tapi kita dikira pesakit biasa dan kena menunggu. Lagipun tahap sakit 0. Memang xde sakit lagi masa ni. Keutamaan diberi pada yang betul2 emengency kes gitu. Lain la g private punya kan. Xpela, kalau ikutkan hati memang nak je terus g Pantai ke, Mahkota ke, Putra medical centre ke. Tapi fikirkan beliau sorang je kerja. Duit pun macam air mengalir keluar. Kami ni golongan sederhana saje tapi kami bahagia : ). Ok2, doc dah panggil. Tanya-tanya semua, pastu 2nd scan dibuat. Doc xjelas. So die hantar terus ke pakar bahagian sakit puan je. Hallemak ai.. nak g sana kena tolak ngan wheelchair la pulekk.. malu i. Memula tanak, tapi runner tu cakap memang prosedur kena la duk atas tu. Ditolak macam orang gah sakit sangat2 dah. Padahal muke ada senyum. Sesape yang terserempak.. pandang je. Huhu. Xpela.. bes jugek eheh!.


Masuk department sakit puan, terus suruh turun. Ciss! baru nak feelling2 sakit sangat. Ermm.. bagi surat  kat doc semua. Disuruh tunggu lagi. Biasala petang2 camni, Aniq da merengek2 nak tido. Nasib baiklah ayah Anq ade. Bole pujuk2 dukung2 die. Doc da panggil buat scan. "jantung macam ada ni. Tapi i'm not sure la. U try pergi kencing dulu sbb i nak try scan ikut bawah" . See? Macam ada harapan lagi kan? Lepas kencing, naik balik atas bed. Baring. Disuruhnya kangkang macam nak bersalin. Tiba-tiba zupp! Terkejut bagai nak luruh jantung nih. Doc masukkan batang plastic. Ape ntah name die. Sebesar ibu jari kaki lelaki camtu. Menjerit! Yela.. org lum ready die da masukkan bendaalah tuh! Eee rase cam nak bagi hadiah je kat muke doc keling sorang ni tau! Digodek2nya. Last2 masa scan, doc says sorry. "kandungan awak ni memang x menjadi. Disebabkan ia xkeluar lagi so, kena buat proses DnC ye.". Sedih..sangat sedih. Masa duk tekan2 keyboard ni pun air mata duk mengalir teringat apa yang doc cakap. Ingat ada harapan, tapi she's gone!. 






Menangis punya pasal sampai terpublish lak entry yang x siap. Siap ada entry org lain pasal DnC ni. Siapa yang terbaca tu sorry k. Ingat nak preview je. Tapi terpublish lak. Huhu. So yang ni da edit buang entry n info2 psl DnC tu. Itu just untuk pembacaan sendiri je. Da kan da xde mud nak sambung crite. Entry pun tergantung sangat2 ni. Erm..esok la smbung k. 2pun kalau x malas. Lagipun sape je yang nak singgah blog  ni kan..heh.

2 comments:

eLL said...

takpe kokjue, Allah Maha Tahu apa yg terbauk untuk hambaNya...
sabar ye.

eLL said...

*terbaik, typo lak